Pendidikan Pencegahan dadah di sekolah ini ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran "Sekolah Bebas Dadah"
Tuesday, 27 March 2012
Program Pencegahan Jenayah
Satu taklimat dan ceramah berkenaan dadah telah diadakan di SMK Kubang Rotan pada hari Khamis 8 Mac 2012. Program ini adalah dibawah anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Seramai 10 orang murid dari Sek Keb Haji Ismail bersama-sama beberapa AJK PIBG telah menghadiri program ini.
Sunday, 4 March 2012
Perutusan Anti Dadah Oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Pada 3 Mac satu perutusan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah disampaikan oleh Ustazah Zahrina selaku guru betugas pada minggu ini kepada murid-murid di tapak perhimpunan pada jam 7.30 pagi. Perutusan tersebut adalah bersempena dengan Sambutan Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2012.
Lawatan Guru-Guru Sek.Men. Al-Bukhary
Pada 2 Mac baru-baru ini bilik PPDa SK Hj.Ismail telah dilawati oleh beberapa orang guru dari Sek Men. Al-Bukhary, Alor Setar. Kedatangan mereka disambut oleh beberapa orang guru termasuk Guru Besar dan Penolong Kanan Kokurikulum. Tujuan lawatan ialah untuk mencetus idea dan berkongsi maklumat tentang bilik PPDa.
Subscribe to:
Posts (Atom)