Pendidikan Pencegahan dadah di sekolah ini ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran "Sekolah Bebas Dadah"
Wednesday, 18 July 2012
Program Perkhemahan dan Pembinaan Jati Diri
Unit Kokurikulum SK Hj Ismail dengan kerjasama PIBG telah mengadakan Program Perkhemahan dan pembinaan jati diri pada 14 hingga 16 Februari di Pusat Ko Kurikulum Negeri Kedah, Singkir. Program ini telah dijayakan oleh murid-murid tahun 5 dan 6. Pelbagai aktiviti dan pendedahan berkaitan dengan dadah telah dilaksanakan. Program ini bertujuan untuk melahirkan generasi muda yang hidup sihat dan bebas dari dadah.
Lawatan Penanda Aras
Pada 26 Januari 2012 seramai 30 orang guru SK Hj Ismail telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke SK Dato' Wan Kemara untuk tujuan mendapatkan idea-idea ke arah penambahbaikan pengurusan bilik PPDa di SK Hj. Ismail.
Sunday, 15 July 2012
Majlis Penyampaian Sumbangan Pakaian Sekolah dan Lawatan Sosial Oleh Yayasan Taqwa
Satu program titian muhibbah dan sumbangan ihsan oleh Yayasan Taqwa bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi menyalurkan sumbangan pakaian sekolah kepada murid-murid miskin dan yatim sekolah ini. Matlamat program ini untuk melahirkan pelajar yang cemerlang di dunia dan akhirat seterusnya menjadi pemangkin kejayaan bangsa dan negara. Majlis ini telah dilaksanakan pada 29 Mac 2012 di dewan SK Hj Ismail. Program ini adalah anjuran bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan PIBG sekolah.
Program Iman sempena Program PPDa peringkat Negeri Kedah
Seramai 11 orang murid-murid bersama dengan 3 orang guru pengiring telah mengikuti Program Iman yang diadakan pada 18 Februari 2012 di SMK Seri Pantai, Kuala Kedah. Program ini adalah anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dengan kerjasama PEMADAM.
Sunday, 1 July 2012
Lawatan Sosial dan Pemantauan
Lawatan sosial oleh En Amran Bin Zakaria selaku Penolong Pengarah PPDa JPN Kedah untuk melihat persiapan dan penyediaan dokumentasi.
Subscribe to:
Posts (Atom)