Pendidikan Pencegahan dadah di sekolah ini ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran "Sekolah Bebas Dadah"
Monday, 29 October 2012
Friday, 19 October 2012
Kuiz Kembara Ilmu
Murid-murid tahap 1 dan 2 berhimpun di tapak perhimpunan untuk aktiviti Kuiz kembara Ilmu yang dilaksanakan oleh Pn Norolhusna. Sejumlah RM50 disediakan sebagai saguhati kepada 50 soalan yang dikemukakan. Semua murid melibatkan diri secara aktif dan gembira sambil menjawab semua soalan yang dikemukakan dengan tepat. TAHNIAH!! diucapkan kepada yang berjaya...
Karnival Seni PPDa dan Kerjaya 2012
27 September 2012 SKHI telah mengadakan sambutan besar besaran Karnival Seni PPDa dan Kerjaya. Tahniah diucapkan kepada semua guru, barisan PIBG sekolah, murid-murid dan seluruh warga sekolah atas komitmen yang diberikan dalam usaha menjayakan majlis ini. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan. Semoga usaha PPDa SKHI untuk mendedahkan tentang bahayanya dadah kepada murid-murid dan masyarakat luar akan tercapai. SEKOLAH BEBAS DADAH 2012
Pertandingan Boria Satu Malaysia Membanteras Dadah
18 September 2012 seramai 16 orang murid telah dipilih untuk mewakili boria Daerah Kota Setar ke Pertandingan Boria Peringkat Negeri...Tema kali ini ialah Kedah Sejahtera Membanteras Dadah..Selain membuat persembahan murid-murid ini juga dapat menambahkan pengetahuan mereka tentang bahaya dadah dalam kehidupan..
Aktiviti Katakan TIDAK Pada Dadah
Murid-murid tahap 1 dan 2 melakukan aktiviti mengecat tapak tangan dan menekapkan tapak tangan itu di atas kain banner tanda simbolik "katakan tidak pada dadah"....aktiviti ini dilaksanakan oleh semua murid mengikut kelas dan dibantu oleh semua guru..kemudian kain ini dipamerkan disekitar sekolah mengikut label kelas masing-masing...
Aktiviti Mewarna Poster PPDa
Lawatan PIBG ke Bilik PPDa @ Sambutan Hari Raya
Pada 29 Ogos SK Hj. Ismail telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Pihak sekolah telah menjemput AJK PIBG sekolah untuk turut serta menjayakan majlis tersebut. Pada hari yang sama sambil menjamu selera dalam majlis tersebut pihak PIBG telah mengambil peluang untuk melawat bilik PPDa sekolah sambil memberikan idea-idea yang bernas yang boleh dikongsi bersama ke arah penambahbaikan bilik. Terima kasih dan sila datang lagi ya....
Wednesday, 10 October 2012
Program Komuniti Sederap Bersama PIBG Sk HJ Ismail
Komuniti
setempat memainkan peranan penting dalam memastikan sesebuah sekolah itu
berfungsi. Kerjasama antara komuniti dan sekolah diwujudkan melalui
jawatankuasa PIBG. Tanpa PIBG, sekolah tidak dapat berfungsi dengan baik begitu
juga sebaliknya dan Misi , Visi PPDa tidak dapat disebarkan dengan meluas.
Sunday, 7 October 2012
Semarak Merdeka @PPDa
Larian 1M 1S Dan Senamrobik
Dasar 1 M 1S adalah untuk
membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid
dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Ia juga dapat memupuk budaya bersukan di kalangan pelajar sekolah agar menjadi
ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas tanpa rokok. Aktiviti senamrobik telah dilaksanakan sempena dengan program tersebut untuk meningkatkan kecergasan jasmani dan membentuk sahsiah diri dan memupuk nilai-nilai murni dalam diri.
Taman Angkat PPDa
Pemandangan sekitar Taman Angkat PPDa yang dibangungkan dengan usahasama guru-guru, murid-murid serta PIBG sekolah. Taman ini mempunya pelbagai info menarik tentang penyalahgunaan dadah.
Subscribe to:
Posts (Atom)