script src='https://sites.google.com/site/listblogtutorial/widget/slideshow.js' type='text/javascript'/>
1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

Friday, 19 October 2012

Program Peneguhan Visi Dan Misi


 Pengawas PDa melakukan aktiviti peneguhan tentang visi dan misi PPDa di dalam perhimpunan pagi. Aktiviti seperti ini akan dapat meningkatkan kefahaman dan penghayatan mereka tentang visi dan misi PPDa.

Wednesday, 10 October 2012

Program Komuniti Sederap Bersama PIBG Sk HJ Ismail


Komuniti setempat memainkan peranan penting dalam memastikan sesebuah sekolah itu berfungsi. Kerjasama antara komuniti dan sekolah diwujudkan melalui jawatankuasa PIBG. Tanpa PIBG, sekolah tidak dapat berfungsi dengan baik begitu juga sebaliknya dan Misi , Visi PPDa tidak dapat disebarkan dengan meluas.

Sunday, 7 October 2012

Semarak Merdeka @PPDa


Program Semarak Merdeka sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan juga tidak lupa perjuangan ke arah membanteras dadah sambil  menjemput penceramah luar untuk mendedahkan tentang bahayanya dadah kepada para waris bagi membantu mereka mengawasi anak-anak mereka dari terjerumus ke kancah bahaya ini...

Larian 1M 1S Dan Senamrobik




Dasar 1 M 1S adalah untuk membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Ia juga dapat memupuk budaya bersukan di kalangan pelajar sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas tanpa rokok.  Aktiviti senamrobik telah dilaksanakan sempena dengan program tersebut untuk meningkatkan kecergasan jasmani dan membentuk sahsiah diri dan memupuk nilai-nilai murni dalam diri.

 

Taman Angkat PPDa

Pemandangan sekitar Taman Angkat PPDa yang dibangungkan dengan usahasama guru-guru, murid-murid serta PIBG sekolah. Taman ini mempunya pelbagai info menarik tentang penyalahgunaan dadah.

Saturday, 1 September 2012

Aktiviti merekacipta sajak bertema kan dadah



Murid-murid tahap 2 dengan dibimbing oleh Pn Anita Che Nee dan Pn Norool Husna mengadakan aktiviti merekacipta sajak dadah di dewan SK Hj Ismail.