Murid-murid tahap dua dibimbing oleh cikgu Fazlan dan Ustazah Salwa melakukan aktiviti mewarna poster anti dadah. Aktiviti ini telah dilakukan di dalam dewan SKHI
Pendidikan Pencegahan dadah di sekolah ini ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran "Sekolah Bebas Dadah"
Friday, 19 October 2012
Aktiviti Mewarna Poster PPDa
Murid-murid tahap dua dibimbing oleh cikgu Fazlan dan Ustazah Salwa melakukan aktiviti mewarna poster anti dadah. Aktiviti ini telah dilakukan di dalam dewan SKHI
Lawatan PIBG ke Bilik PPDa @ Sambutan Hari Raya
Pada 29 Ogos SK Hj. Ismail telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Pihak sekolah telah menjemput AJK PIBG sekolah untuk turut serta menjayakan majlis tersebut. Pada hari yang sama sambil menjamu selera dalam majlis tersebut pihak PIBG telah mengambil peluang untuk melawat bilik PPDa sekolah sambil memberikan idea-idea yang bernas yang boleh dikongsi bersama ke arah penambahbaikan bilik. Terima kasih dan sila datang lagi ya....
Wednesday, 10 October 2012
Program Komuniti Sederap Bersama PIBG Sk HJ Ismail
Komuniti
setempat memainkan peranan penting dalam memastikan sesebuah sekolah itu
berfungsi. Kerjasama antara komuniti dan sekolah diwujudkan melalui
jawatankuasa PIBG. Tanpa PIBG, sekolah tidak dapat berfungsi dengan baik begitu
juga sebaliknya dan Misi , Visi PPDa tidak dapat disebarkan dengan meluas.
Sunday, 7 October 2012
Semarak Merdeka @PPDa
Larian 1M 1S Dan Senamrobik
Dasar 1 M 1S adalah untuk
membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid
dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Ia juga dapat memupuk budaya bersukan di kalangan pelajar sekolah agar menjadi
ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas tanpa rokok. Aktiviti senamrobik telah dilaksanakan sempena dengan program tersebut untuk meningkatkan kecergasan jasmani dan membentuk sahsiah diri dan memupuk nilai-nilai murni dalam diri.
Taman Angkat PPDa
Pemandangan sekitar Taman Angkat PPDa yang dibangungkan dengan usahasama guru-guru, murid-murid serta PIBG sekolah. Taman ini mempunya pelbagai info menarik tentang penyalahgunaan dadah.
Subscribe to:
Posts (Atom)


.png)